BD terdiri dari keahlian yang mempunyai perniagaan sendiri dan yang tidak berniaga. Ahli BD juga boleh menjalankan perniagaan dengan kolaborasi bersama ahli BD yang lain. BD tidak mengambil sebarang komisyen dari kolaborasi sesama ahli melainkan kolobrasi secara langsung bersama BD.
Contohnya:
Situasi 1: Ahmad adalah ahli BD, dia adalah peniaga karipap yang berjaya. Beliau memerlukan bahan mentah seperti kentang untuk isi karipap beliau. Kebetulan ada dikalangan ahli ada peniaga kentang bernama Sofia. Sofia kini mempunyai pelanggan tambahan hasil dari perkenalan ahli BD. Ahmad Abu kini mempunyai akses kepada bahan mentah dengan harga yang terbaik.
Situasi 2: Hafiz baru sahaja menjadi ahli BD. Beliau belum mempunyai apa-apa perniagaan. Setelah berkenalan dengan ahli-ahli BD, beliau mempunyai idea untuk menjalankan perniagaan baru. Hafiz bertemu dengan Shahrul dan bersetuju untuk menjalankan perniagaan barunya dengan mendapat komisyen dari perniagaan Shahrul.