Terma & Syarat Belajar Digital

Terima kasih kerana menyertai KOMUNITI BELAJAR DIGITAL MALAYSIA. Dengan menjadi ahli, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat kami. Sila baca dengan teliti sebelum membuat pendaftaran atau penggunaan platform ini.

1. KEAHLIAN

  • Setiap peserta TIADA SEBARANG PAKSAAN untuk menyertai BD. Namun untuk menyerati BD, peserta  perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM100.00 SEKALI SEUMUR HIDUP sebagai komitmen dan perkongs
  • Keahlian anda memberikan hak untuk menghadiri mana-mana acara BD melalui RSVP.
  • Ahli  akan diberikan pautan rujukan RSVP yang boleh digunakan untuk menjemput individu lain menjadi ahli baru BD dibawah rangkaian.

2. PAUTAN RUJUKAN & KOMISEN

  • Setiap ahli sah berdaftar akan menerima pautan rujukan unik selepas pendaftaran secara auto.
  • Ahli yang berjaya merujuk ahli baru akan menerima komisen sebanyak RM30.00 untuk setiap rujukan langsung pada Tahap 1.
  • Komisen tambahan sebanyak RM10.00 akan diberikan atas rujuka rangkaian pada Tahap 2.
  • Sistem akan menjejak semua rujukan melalui pautan rujukan dan secara automatik mengira komisen yang layak diterima oleh ahli.

3. PENARIKAN KOMISEN

  • Ahli akan memperoleh komisen pada setiap minggu dengan HAD MINUMUM RM10.00, kecuali jumlah yang ditinggalkan sebagai simpanan adalah atas kerelaan sendiri.
  • Komisen RM30.00 pertama dari jumlah komisen akan disimpan sebagai simpanan yang tidak boleh ditarik untuk tujuan pembaharuan automatik keahlian tahunan setiap tahun.
  • Contohnya, jika ahli mempunyai komisen sebanyak RM90.00, hanya RM60.00 boleh dikeluarkan, manakala RM30.00 akan disimpan untuk pembaharuan webpage dan keahlian.

4. PEMBAHARUAN KEAHLIAN

  • Keahlian & Webpage BD  akan diperbaharui secara automatik setiap tahun dengan caj RM30.00 yang diambil daripada simpanan komisen ahli.
  • Jika ahli tidak mempunyai komisen mencukupi untuk pembaharuan, keahlian mereka akan tamat secara automatik pada akhir tempoh tahun keahlian.

5. ACARA & RSVP

  • Peserta baru perlu mendaftar 𝙍𝙎𝙑𝙋 melalui pautan rujukan untuk menghadiri mana-mana acara yang dianjurkan oleh komuniti BD.
  • Tempat untuk acara adalah terhad. Hanya mereka yang telah mendaftar 𝙍𝙎𝙑𝙋 akan dijamin tempat dalam acara tersebut

6. TANGGUNGJAWAB AHLI BD

  • Ahli BERTANGGUNGJAWAB untuk menjaga kerahsiaan pautan rujukan mereka dan tidak mendedahkan kepada pihak ketiga yang tidak berkenaan.
  • Ahli TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan platform ini untuk tujuan penipuan atau aktiviti yang melanggar undang-undang negara masing-masing.
  • Mana-mana ahli yang didapati melanggar terma ini boleh dikenakan tindakan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penggantungan atau penamatan keahlian tanpa sebarang pampasan.

7. PERUBAHAN TERMA

  • Pihak Pengurusan BD  berhak untuk mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  • Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui platform ini atau emel kepada ahli.
  • Terus menggunakan platform selepas perubahan menunjukkan persetujuan anda dengan terma baru.

8. PENAFIAN

  • Komuniti Belajar Digital Malaysia @BD tidak akan bertanggunhgjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul akibat dari penggunaan platform BD atau keahlian anda tanpa bukti.
  • Dengan meneruskan pendaftarab dan menggunakan platform BD, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju denga semua terma dan syarat diatas. JIka mempunyai sebarang soalan, sila hubungi admin sokongan pelanggan kami.